Jumaat, 14 Disember 2012

HIDUP 

Adapun diri ini dilahirkan di dunia bukan tanpa tujuan.Telah difirmankan oleh-Nya kepada para malaikat ketika mereka menyoalkan kepada Allah tentang tindakan-Nya menempatkan manusia di bumi.Mereka akhirnya akur dengan keterangan dan bertaubat atas prasangka mereka tentang takdir Allah.Sesungguhnya ketika nabi Adam a.s dicipta, Allah telah mengajarnya dengan pelbagai ilmu tentang bumi dan adapun ilmu yang diajarkan kepadanya tidak diajarkan kepada malaikat .Ini kerana Allah ingin menjadikan manusia sebagai khalifah di muka buminya.